Usia bukan penghalang cita-cita.
Pada hari Sabtu dan Ahad (21/2 & 22/2/09), anakku yang kini dalam Darjah 6 mengikuti Klinik UPSR anjuran Berita Harian di Politeknik Shah Alam. Mereka berlima dari Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman, Pelabuhan Klang.
Pada hari pertama, anakku mengadu sakit kepala bila balik rumah. Isteriku menyapukan minyak angin di kepala dan badannya. Kebiasaannya, dia akan mengalami sakit kepala bila hari panas. Seakan-akan mewarisi sifat mamanya. Atau sebab lewat sarapan pagi? Sarapan yang disediakan oleh penganjur ialah pada pukul 10.00am. Mungkin dah masuk angin kot dalam badannya.
Hari kedua, kami sekeluarga bersarapan dahulu sebelum menghantarnya ke klinik tersebut. Macam sebelumnya, klinik tamat pada jam 5.30pm. Aku dah sampai awal setengah jam dari waktunya. Sementara menunggu, aku melawat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Saja-saja nak cari maklumat di papan kenyataan. Aku lihat terdapat beberapa pelajar di dalam bilik kelas. Yang pastinya, tentu mereka yang mengambil part time. Aku pun mula berfikir. Walaupun mereka sudah bekerja, demi meningkatkan ilmu pengetahuan mereka sanggup mengorbankan masa untuk belajar lagi. Aku tabik pada mereka ni kerana hanya yang tabah sahaja boleh meneruskan perjuangan sebegini. Aku sendiri dulu belajar secara sepenuh masa dimana masaku sepenuhnya ditumpukan pada pelajaran. Tapi masih tak score. Tentu ada silap kat mana-mana. Bagi mereka pula, duit yang mereka laburkan lebih bermakna dan bernilai. Tentunya mereka tidak mahu gagal demi masa hadapan dan demi kebahagiaan keluarga. USIA bukannya penghalang bagi mereka untuk BERJUANG. Syabas aku ucapkan kerana aku sendiri belum pasti kemenangan berpihak kepadaku jika aku bersama mereka.

















