BILA TETIKUS MENARI

13 Mar

Tiara Beach Resort

Minggu ni merupakan cuti sekolah selama seminggu. Waktu nilah anak-anak ‘rehat’ sebentar dari buku-buku sekolah. Bagi cikgu pula, waktu nilah boleh jalan-jalan untuk rehatkan minda dari dunia sekolah. Bagi pasangan pula, kenalah ambil cuti untuk bersama keluarga dari dunia korporatnya.

Aku pun tidak ketinggalan. Ambil cuti untuk bawa isteri dan anak-anak bercuti. Kali ni nak gi Port Dickson. Tempat yang dituju ialah Tiara Beach Resort. Ini bukan kali pertama kerana sebelum ni isteri pernah berkursus di sini. Kursus guru-guru negeri Selangor. Waktu tu anak-anak tak berapa puas mandi-manda di situ.

Esok (Jumaat) kami akan bertolak. Kenapa esok? Kenapa tak awal cuti? Inilah masa yang kami betul-betul luang. Hari Isnin dan Selasa lalu, aku sibuk ngan kursus ‘Management of Research Project’. Manakala hari Rabu dan Khamis, isteri sibuk jaga Peperiksaan Tahap Kecekapan untuk guru-guru. So, kami akan gi esok dan balik lusa (Sabtu). Sebab hari Sabtu ada perkahwinan anak bekas pengetua sekolah isteri.

Pada pandangan aku, sebenarnya cuti sekolah kurang memberi erti kepada seorang guru yang ‘berjawatan’. Maksudnya, kalau guru biasa boleh rehat seminggu, mereka ni tetap ada kerja walaupun ketika minggu cuti sekolah. Kalau berjawatan Ketua Panitia atau Ketua Bidang pula, mungkin tak cuti langsung kot. Tentunya ada saja tugasan sewaktu cuti ni.

Anyway, tahniah kepada guru-guru yang komited dengan tugasan yang diberi walaupun didalam cuti sekolah. Anda semua menjalankan tugasan dengan penuh ikhlas. Saat kegembiraan anda yang paling manis adalah apabila melihat anak-anak didik anda berjaya. Maka tidak hairanlah jika mereka ini tetap membariskan ayat manis bagi menghargai jasa anda pada setiap kali berita keputusan peperiksaan diumumkan di dada akhbar. Teruskan berbakti! 

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • del.icio.us
  • Digg
  • Simpy
  • Ma.gnolia
  • kick.ie
  • Furl
  • Netscape
  • YahooMyWeb
  • LinkaGoGo
  • Blue Dot
  • DZone
  • Netvouz
  • Internetmedia

One Response to “Tiara Beach Resort”

  1. 1
    zie Says:

    Saya teruja pabila menatap bingkisan Guru komited yang terpaksa ‘mengorbankan’ peruntukan cuti kerana melaksanakan tugasan sedangkan guru-guru ‘biasa’ yang lain sedang asyik merancang dan bergembira bercuti di sana sini…Tahniah kepada KITA…

Leave a Reply

© 2012 BILA TETIKUS MENARI

Design by NET-TEC -- Made free by Artikelverzeichnis and Bio-Branchenbuch