Tanyalah suami, tanyalah isteri
Selama hidup bersama lebih 10 tahun, pernah tak kita bertanya pasangan masing-masing adakah kehidupan kita cukup membahagiakan sidia?
Pagi tadi setibanya di pejabat, saya terus mematikan enjin kereta dan setia menunggu rancangan “Secawan kopi, sepotong kuih” siaran Selangor fm. Sketsa suami isteri yang telah lama hidup bersama dan masing-masing mengajukan soalan kepada pasangan. Saya olah sedikit perbualan untuk tujuan penulisan di sini, bukan untuk dibahaskan (meminjam kata-kata penyiar tersebut).
Suami: Sayang, selama kita hidup bersama selama 10 tahun ni, apakah yang Sayang rasakan sifat abang yang kurang menyenangkan dan perlu diperbaiki?
Isteri: Sayang rasa semuanya ok. Tapi kalau boleh tolong trim misai dan bulu ketiak tu supaya nampak kemas. (Jawapan tulus sang isteri).
Kini tiba giliran siisteri pula bertanya suaminya soalan yang hampir sama (part ni ada ubahsuai sikit).
Isteri: Sayang, macamana pula saya selama kita hidup bersama sekian lama? Ada apa-apa yang kurang tak?
Suami: Rasanya semua yang Sayang buat selama ini ok sahaja. Tapi kalau boleh, kurangkan serbuk perasa dalam makanan kerana kepala abang ni dah nampak botaklah.
Oleh kerana suka mengacau isteri memasak di dapur, saya selalu mengusik isteri kerana memasukkan serbuk perasa kedalam makanan sedangkan hanya garam yang digunakan tadi. Itulah lumrah suami isteri yang suka mengusik demi menceriakan kehidupan rumahtangganya. Saya berharap anda juga begitu hendaknya.

















