Siapakah jodoh anda?
Dalam perjalanan ke masjid, saya terkenang sewaktu belajar dulu. Sewaktu tu, tidak pun terfikir untuk berkahwin sebelum habis belajar. Cuma dok ingat nak habiskan belajar dulu, cari kerja dan barulah fikir pasal kahwin. Tapi apa yang difikir tak tertunai. Malah berkahwin sebelum habis belajar lagi. Kenapa ya jadi begitu?
Apabila hasrat hati ingin berkahwin disuarakan melalui surat kepada orang tua, mereka pada awalnya kurang bersetuju. Mereka khuatir pelajaran akan terganggu. Tetapi, khuatir dugaan tidak dapat dihindari sewaktu belajar di luar negara, maka keluarga mengambil pendekatan positif. Maka bergelarlah saya seorang suami/pelajar sewaktu di tahun akhir. Itupun hujung-hujung semester. Memang dah hampir balik ke tanah air.
Penghidupan berkeluarga bermula sejak hari itu. Walaupun tidak pernah bersua sebelum ini, jodoh kita memang telah ditentukan. Kita sahaja yang perlu berusaha untuk mencapainya. Takdir Allah, jodoh anak bongsu bertemu dengan anak sulung. Macamana, nampak macam tak kena jer!
Adakah anak bongsu boleh ngam dengan anak sulung dalam mahligai rumah tangga? Bagaimana pula dengan jodoh anda? Sudahkah anda mula mencari atau biarkan siapa sahaja yang datang?


















hmm.. anak sulung vs anak bongsu.. hehe.. jodoh sy dgn anak tgh.. anak tgh pun mnja juga..tp x bimbang ttg hal brdikari.. sbg ank sulung pula sy ssh skit nk show prasaan ksh syg tu.. tp insy, as long as ada give n take..kira okla..
January 19th, 2008 at 10:47 pmPengalaman saya, anak sulung lebih tegas dan komited dgn tanggungjawabnya.
January 19th, 2008 at 11:12 pmerm kawin masa belajar. menarik! macam mana boleh dapat restu family ye? boleh kongsi tak?
well anak bongsu dgn anak sulung, insyaAllah sesuai. menjadi pelengkap antara satu sama lain…
January 21st, 2008 at 5:59 pmUntuk dapat restu keluarga, kena jelaskan sebab utama kita nak berkahwin. Dan janji takkan memberi kesan negatif kepada pelajaran. Tapi kalau di sini, tentu kurang godaan dari suasana sekeliling.
January 21st, 2008 at 11:10 pm