BILA TETIKUS MENARI

17 Sep

Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak

 

Saya rasa rata-rata tentunya maklum akan makna ayat diatas. Ayat tersebut pastinya disambung dengan “tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu”.

Saya kekadang terfikir juga kebenaran ayat diatas. Kalau kita selidiki, memang ibu-ibu pada masa dahulu adalah seorang surirumah sepenuh masa. 100% masanya berada dengan keluarga. Jadi, tanggungjawab menjaga anak-anak adalah berada dihadapan matanya. Si ayah pula bertanggungjawab mencari nafkah untuk menyara keluarga.

Berbanding pada masa sekarang, suami isteri mempunyai kerjaya masing-masing. Anak-anak terpaksa dihantar ke rumah orang ketika mereka bekerja. Bagi yang mempunyai orang gaji, anak-anak akan berada di rumah dan urusan harian anak akan dijaga oleh orang gaji tersebut.

Apabila umur kita meningkat dewasa sekitar 40an, pepatah ayat di atas akan datang menyapa. Kerana pada ketika ini, ibu atau bapa kita kerap mengalami kesihatan yang kurang baik. Seminggu atau sebulan sekali, mereka akan ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan. Kekadang tidak sampai seminggu pun dah berulang lagi ke klinik atau hospital. Pada masa ini, anak manakah yang berdaya melaksanakan tanggungjawabnya. Anak sulung, tengah atau yang bungsu?

Saya percaya, pada ketika ini masing-masing menuding jari sesama sendiri. Anak yang paling disayang, aku bukan anak kesayangan emak, anak yang dimanjakan dan lain-lain lagi akan keluar dari mulut. Siapa yang akan mara ke hadapan? Anak sulung, tengah atau yang bungsu?  

Ingatlah, sekiranya semua adik beradik kita berpelajaran dan berkerjaya sekali pun, masalah ini tetap akan timbul.

Anda akan merasai kebenaran pepatah ayat tersebut sekiranya ANDAlah anak yang sanggup mara ke hadapan untuk memikul tanggungjawab dengan mengorbankan masa dan kelapangan demi membalas jasa ibu dan ayah. Tiada formula yang boleh dipraktikkan pada saat genting ini. Tahniah dan syabas kepada ANDA yang saya maksudkan.   

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • del.icio.us
  • Digg
  • Simpy
  • Ma.gnolia
  • kick.ie
  • Furl
  • Netscape
  • YahooMyWeb
  • LinkaGoGo
  • Blue Dot
  • DZone
  • Netvouz
  • Internetmedia

Leave a Reply

© 2012 BILA TETIKUS MENARI

Design by NET-TEC -- Made free by Artikelverzeichnis and Bio-Branchenbuch