BILA TETIKUS MENARI

18 Feb

Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu?

Kerajaan akan membuat kajian terlebih dahulu akan keberkesanan subjek Matematik dan Sains yang telah diajar dalam Bahasa Inggeris.

Pendapat peribadi saya bersetuju agar subjek Matematik dan Sains diajar semula dalam Bahasa Melayu. Apa yang menjadi pokok masalah adalah kerana murid sendiri tidak memahami Bahasa Inggeris. Rata-rata anak Melayu menggunakan bahasa ibunda ketika di rumah. Mungkin hanya segelintir sahaja menggunakan bahasa kedua untukperbualan harian di rumah. Peratus penggunaan bahasa ibunda adalah tinggi jika dibandingkan penggunaan bahasa kedua. Peratusan yang tinggi inilah yang amat kita khuatiri akan ketinggalan dalam pembelajaran subjek-subjek tersebut. Manakala peratusan yang kecil tadi masih memerlukan masa untuk membiasakan dengan ‘term’ yang sebelum ini belum didengari. 

Seandainya subjek-subjek tersebut diajar dalam bahasa ibunda, saya percaya sebahagian dari peratusan yang tinggi tadi akan lulus ditambah pula dengan peratusan yang rendah. Hasilnya, peratusan kelulusan anak Melayu akan meningkat.

Pengalaman saya pula, saya mula didedahkan dengan subjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris ketika pengajian A-Level. Memang pada awal pengajian, ianya merupakan satu kejutan budaya secara total. Tambahan pula subjek Bahasa Inggeris di peringkat SPM taklah begitu bagus. Namun, kami berusaha juga untuk menguasai subjek-subjek tersebut kerana pada usia sebegitu kami telahpun matang dalam berfikir.

Perbandingannya, anak-anak di peringkat sekolah rendah hanya menelan apa yang cikgu ajar kepada mereka. Masalahnya, mereka tak tahu apa yang ditelannya.

Memang benar, kerajaan akan kerugian kerana baru 3 tahun pengajaran dalam Bahasa Inggeris dijalankan. Kerugian kerana pencetakan buku-buku teks. Jika ianya menjadi kenyataan, buku-buku tersebut akan digantikan dengan buku teks baru.

Kerugian pada buku teks merupakan kerugian jangka pendek. Sekiranya subjek Matematik dan Sains diajar kembali dalam Bahasa Melayu, keuntungan jangka panjang yang akan diperolehi oleh rakyat Malaysia. Maka,fikir-fikirkanlah!

Pendapat ini merupakan pendapat peribadi saya sahaja.    

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • del.icio.us
  • Digg
  • Simpy
  • Ma.gnolia
  • kick.ie
  • Furl
  • Netscape
  • YahooMyWeb
  • LinkaGoGo
  • Blue Dot
  • DZone
  • Netvouz
  • Internetmedia

Leave a Reply

© 2010 BILA TETIKUS MENARI

Design by NET-TEC -- Made free by Artikelverzeichnis and Bio-Branchenbuch