BILA TETIKUS MENARI

21 Feb

Kepuasan yang ku dapat.

Tahun 2009 merupakan tahun yang begitu mencabar bagiku.

1.Kerjaya dan 2.keluarga.

Kerjaya:
Aku kini mula menyibukkan diri dengan dunia marketing. Tujuanku satu iaitu cuba menarik seberapa banyak klien untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak majikanku. Pasaran klien begitu luas sehingga keluar dari Malaysia. Namun setakat ini, target utama ialah klien dari Filipina dan Indonesia. Ini adalah kerana medium memainkan peranan utama iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sumber maklumat akan mudah disampaikan dalam dua bahasa ini sekiranya klien dari negara tersebut mengikuti seminar, kursus atau latihan bengkel yang diadakan. Pasaran mereka setelah berjaya nanti adalah ke arena antarabangsa.

Keluarga:
Anak-anakku kini berada di Tingkatan 4, Darjah 6 & 3 manakala yang kecil sudah memasuki Tadika. Tumpuanku kini kepada anak yang berada di Tingkatan 4 dan Darjah 6.
Tingkatan 4 merupakan kelas honeymoon, betul? SALAH. Ini dinyatakan oleh Dr. Tengku Asmadi sendiri ketika beliau keudara di radio IKIM.fm. Tingkatan 4 merupakan tingkatan dimana banyak subjek-subjek baru akan dihadapi oleh pelajar. Waktu nilah CULTURE SHOCK biasanya terjadi lebih-lebih lagi kepada pelajar aliran Sains. Dengan subjek Additional Maths, Physic, Chemistry & Biology, pelajar-pelajar banyak ternganga kerana tak faham apa yang diajar. Memandangkan ianya subjek baru, pelajar kena ambil inisiatif untuk belajar dari awal supaya bebanan dapat dikurangkan dalam usaha untuk memahaminya. Tak kiralah samada pergi ke pusat tuisyen atau tuisyen one-by-one. Ingat, NO MORE HONEYMOON. Sikit-sikit tu bolehlah.

Untuk anak yang dalam Darjah 6 tu, biasalah. Hantar tuisyen tapi bukan ke pusat tuisyen tu. Hantar ke rumah bekas guru besar yang mengadakan kelas tuisyen. Kedua-dua suami isteri adalah bekas guru besar. Hari Isnin dan Rabu adalah kelas tuisyen manakala hari Sabtu adalah kelas motivasi. Inilah kelebihan kelas tersebut jika dibandingkan dengan pusat tuisyen. Pelajar darjah 6 cuma 11 orang sahaja. Motivasi yang berterusan diharap akan mengekalkan semangat menuntut ilmu sehingga bila-bila.

Aktiviti sampingan:
Aku kini mengajar salah seorang anak murid isteriku subjek Modern Maths, Add Maths dan Physic. 3 hari seminggu. Bukan mengajar sebenarnya tapi sekadar menerangkan apa yang tidak difahaminya ketika di kelas. Alhamdulillah, otak ni masih segar dan ingat ilmu-ilmu lama tu. Cuma kena tune sikit pada awal sahaja. Dan syukur, apa yang aku ajarkan difahami oleh pelajar tersebut. Itulah kejayaan sebenar seorang guru. BETUL TAK?

Kenapa pelajar ni saja yang bersungguh-sungguh nak belajar? Sebenarnya, pelajar ni hanya mendapat 3A sahaja didalam PMRnya baru-baru ni. Itu pun untuk subjek Agama, Kemahiran Hidup & MATHS. MATHS? Kenapa subjek lain tak dapat A tapi MATHS boleh dapat A? Memang rasa pelik kalau aku fikirkan. Sebenarnya, pelajar ni tak pernah dapat A dalam Maths. Sewaktu di Tingkatan 3, isteriku mengajar kelas dia untuk subjek Maths. Peningkatan mula ditunjukkan oleh pelajar ini dalam subjek tersebut. Kerana semangatnya ingin belajar sekiranya terdapat masalah, pelajar ini seringkali menelepon isteriku untuk mencari penyelesaian. Tak kira waktu, pagi atau malam. Dan Alhamdulillah, dia dapat A dalam subjek Maths.

Semangat ingin belajar itulah yang membuatkan kami sanggup mengajar pelajar tersebut walaupun tak dikenakan yuran sesen pun. Tapi yang mengajarnya hanya seorang iaitu AKULAH. Tapi tak apa kerana ilmu tu juga masih aku gunakan ketika di tempat kerja terutamanya Physic.

Patutlah kekadang aku nampak ada orang yang begitu aktif terlibat dengan aktiviti amal diluar sana. Untuk apa kerana ianya tidak mendatangkan keuntungan pun. Sebenarnya aku silap. Mereka terlibat dengan aktiviti tersebut kerana aktiviti tersebut menjanjikan KEPUASAN dalam diri mereka. Hati akan bahagia kerana kepuasan telah tercapai dalam membantu masyarakat. Kekayaan hanya sekadar yang perlu untuk dicari. KEPUASAN mengatasi KEKAYAAN.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • del.icio.us
  • Digg
  • Simpy
  • Ma.gnolia
  • kick.ie
  • Furl
  • Netscape
  • YahooMyWeb
  • LinkaGoGo
  • Blue Dot
  • DZone
  • Netvouz
  • Internetmedia

Leave a Reply

© 2012 BILA TETIKUS MENARI

Design by NET-TEC -- Made free by Artikelverzeichnis and Bio-Branchenbuch