BILA TETIKUS MENARI

21 Mar

Hujan Panas dan Rumput

Tajuk diatas diambil dari rancangan motivasi di Selangor.fm. Kebetulan pulak peristiwa tersebut juga pernah saya alami sendiri. tapi rasional disebaliknya tak tahu sampai sekarang.

Pernah tak dulu-dulu masa budak-budak,  saudara/saudari melalui peristiwa ini. Peristiwa dimana bila berlakunya hujan panas. Kalau waktu dulu, apa yang akan kita lakukan? Ingat lagi tak bila kita disirami hujan panas, kita akan mengambil sehelai rumput dan diletakkan di telinga. Kita selitkan rumput tu macam orang selitkan rokok kat telinga. Petua orang tua mengatakan supaya tak demam. Tapi pelik dan benar. Memang kita tak mengalami demam kalau buat macam tu. Tapi apa rasionalnya disebalik perbuatan tersebut?

Sehingga sekarang tiada jawapan. Dr. HM Tuah pun tiada jawapannya. Anda bagaimana?

Terdengar juga Dr. HM Tuah menggunakan perkataan ‘kujat’. Kalau dulu tu, maksud kujat ialah mati. Anak ayam dah nak kujat kerana terpijak akan dibalut daun keladi. Lepas tu curahkan air. InsyaAllah, anak ayam tersebut akan segar kembali. Anda ada hujahnya?

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • del.icio.us
  • Digg
  • Simpy
  • Ma.gnolia
  • kick.ie
  • Furl
  • Netscape
  • YahooMyWeb
  • LinkaGoGo
  • Blue Dot
  • DZone
  • Netvouz
  • Internetmedia

One Response to “Hujan Panas dan Rumput”

  1. 1
    wanis311 Says:

    Lain padang lain belanangnya, saya tak pernah dengar pula letak daun rumput dekat telinga boleh mengelakkan kita dari demam. Setahu saya memang jika terkena hujan panas kita akan demam. Baik juga petua ini. Walau bagaimanapun kita tidak boleh percaya seratus peratus kerana semua musibah itu datang dari Allah. Jika kita percaya daun rumput yang juga makhluk Allah itu boleh menghilangkan demam panas itu sudah terpesong dari akidah. Semua nya adalah ketentuan Allah, adat boleh diikut selagi tidak bertentangan dengan suruhan Allah. Cantik blog teruskan menulis.

Leave a Reply

© 2012 BILA TETIKUS MENARI

Design by NET-TEC -- Made free by Artikelverzeichnis and Bio-Branchenbuch