Hargai selagi ianya ada.
Ya, kita kena hargai selagi ianya ada di depan mata. Kalau sudah tiada, usah menyesal.
Sejak akhir-akhir ini, kita banyak membaca di akhbar-akhbar tempatan tentang kehilangan anak-anak. Perkara ini semakin menjadikan keselamatan anak-anak begitu penting sekali. Sesaat anak pergi keluar walaupun untuk ke sekolah membuatkan kita risau juga. Hanya iringan doa semoga anak selamat pergi dan pulang dari sekolah. Semoga perkara sebegini tidak berlaku.
Sering kali masjid-masjid mengadakan Solat Hajat agar kanak-kanak yang hilang dapat ditemui semula. Jika kita sedih mendengarnya, bagaimana pula ibubapa kepada kanak-kanak tersebut.
Begitu juga dengan ibubapa kita di kampung. Bilakah kali terakhir kita menjenguk mereka? Sebulan, dua bulan atau setahun yang lepas? Tahukah kita bagaimana perasaan mereka bilamana tiada anak yang pulang ke kampung walaupun hari cuti satu Malaysia. Bagaimanakah kesihatan mereka lebih-lebih lagi jika mereka kini tinggal hanya seorang di kampung? Susah nak dibayangkan.
Sementara mereka masih hidup dan masih menanti kita, pulanglah jika ada kelapangan. Alasan SIBUK bukan satu sebab yang menghalang kita dari menjenguk mereka.
Hargailah selagi mereka ada. Ibubapa, anak-anak dan sesiapa sahaja yang kita sayangi. Tanpa mereka siapalah kita.


















betullah..
September 17th, 2008 at 1:19 pmbagi yang berjauhan ngan mak ayah tu, rajin2 lah telefon, tanya khabar..
bagi yang dekat tu, rajin2 lah jenguk..
bukan apa, kita pun esok tua juga..
sementara mereka masih ada ni, hargailah meeka..
jangan ingat wang ringgit mampu beli kasih sayang..balas jasa mereka dengan hati yang ikhlas.