Guru Matematik dan Seri Harum
Isteriku seorang guru Matematik di sekolah menengah. Dia mengajar untuk keseluruhan Tingkatan 3. Siapapun akan menyayanginya jika pernah diajar olehnya. Pernah sekumpulan pelajar Tingkatan 5 datang dan merayu supaya isteriku mengajar kelas mereka. Tapi, mana boleh kerana pihak sekolah dah tetapkan guru-guru yang akan mengajar subjek-subjek tertentu dan kelasnya. Sebenarnya, aku pun tak tahu apa rahsia isteriku sehingga begitu disayangi oleh pelajar dan bekas pelajarnya. Buktinya, sehingga hari ini bekas pelajarnya masih menghubunginya jika mereka memerlukan kata nasihat. Malah pada setiap hari raya, bekas pelajarnya datang ke rumah dan sudah pastinya mee hoon sup dan bergedil yang suruh dibuatnya. Hari ulangtahunnya juga disambut bersama dengan bekas pelajarnya dimana semua makanan dan kek ditaja oleh bekas pelajarnya.
Aku lihat kesibukannya begitu ketara apabila menguruskan pendaftaran pelajar yang akan menduduki PMR nanti. Sekolah jadi rumah dan rumah jadi sekolah. Meja di rumah akan penuh dengan dokumen pelajar-pelajar. Kerja-kerja menaip begitu banyak kerana melibatkan dua pusat peperiksaan. Kekadang, komputer riba sampai dua buah dipinjam dari sekolah untuk tujuan key-in data-data murid.
Tapi yang pastinya, sebulan sekali dia dan adiknya akan ke pusat rawatan Seri Harum. Di sana, mereka akan mandi wap herba selama mana yang boleh. Tapi biasanya dalam 30 minit, mereka akan keluar. Isteriku akan terus pergi berurut di tempat yang sama. Aku hanya menghantar mereka ke tempat tersebut.
Pada pandangan peribadi, aku rasa memang patutlah guru-guru dan golongan profesional yang lain ’recharge‘ akan tubuh badan mereka untuk mendapatkan kesegaran semula. Buangkan toksik dan racun yang dah terkumpul dan mulakan dengan senyuman yang baru.
Aku juga akan menyusur dengan semangat yang baru dengan langkah pertama ke Seri Harum nanti.


















Salam perkenalan sutihana,
samalah kita wife masing2 seorg guru, bezanya wife saya mengajar sek rendah iaitu di ipoh..
Memang patut saranan tu, saya setuju, kami mandi wap dirumah je, sebab kami sendiri ada memiliki set mandi wap dirumah..lebih mudah..
Jemputlah ke blog saya, jumpa lagi..
March 5th, 2008 at 2:13 amBagus juga ada set mandi tu kat rumah. Dulu ada juga wakil datang rumah promosi set tu tapi tak beli sebab mahal. Lagipun kedai tu dekat dengan tempat kami, jadi kami ke sana saja sebulan sekali.
March 5th, 2008 at 4:24 pm