Drama ‘Ihsan’ di TV3
Semalam di Tv3 ditayangkan drama berjudul ‘Ihsan’. Pelakon utamanya Zamarul Hisham. Kisah mengenai seorang anak yang tidak menghargai jasa seorang ibu. Akhirnya, kematian yang menyedihkan keatas dirinya dan menjadi iktibar kepada yang masih hidup. Kisah benar ini diceritakan kepada seorang majistret.
Harapan saya agar Tv3 akan menayangkannya sekali lagi bagi tontonan ramai.
Persoalan utama yang diutarakan ialah ‘Adakah anda pernah berbuat dosa kepada ibu?’. Secara fizikalnya tidak, tetapi jika diselidiki dengan mendalam, pasti ada walaupun dengan hanya tidak menjawab panggilan talipon ibu. Malah hati ibu akan terluka jika kita melebihkan sayang kepada isteri berbanding sayang kepada ibu. Selagi ibu masih ada, jengoklah dan tanya khabar agar hati ibu merasa tenteram dan nyaman.

















