Cerita RM1 dan RM50
Dua sahabat baik, RM1 dan RM50 sudah lama tidak berjumpa. Mungkin lebih 1 tahun kot. Pada hari raya tahun 2007, mereka berjumpa setelah masing-masing balik ke kampong yang sama. Alhamdulillah, pertemuan mereka di tempat yang mulia iaitu masjid. Oleh kerana lama tak jumpa, masing-masing bertanya khabar sesama sendiri.
RM1: RM50, apa khabar kau sekarang? Lama sungguh aku tak jumpa kau.
RM50: Aku baik. Kau pula macamana? Lama sungguh kita tak jumpa.
RM1: Aku pun sihat. macam dulu juga. Eh, kau kat mana sekarang?
RM50: Oh, aku dah tinggal kat bandar. Dah hampir setahun juga.
RM1: Oh, patutlah aku tak nampak kau kat kampung kita ni. Ok ke kau duduk kat sana?
RM50: Ok. Aku rasa gembira dan seronok. Tiap-tiap hari aku menghabiskan masa diluar rumah.
RM1: Kau buat apa tiap-tiap hari keluar rumah? Tak rasa jemu ke?
RM50: Taklah, nak jemu apa. Mananya tak happy. Nak katakan tiap-tiap hari aku gi shopping kat Suria KLCC, Isetan, The Mall, Jusco, The Store, TESCO dan banyak lagi tempat-tempat mewah. Kau pula gi shopping kat mana?
RM1: Aku bosanlah tinggal kat sini. Asyik-asyik ke surau atau masjid. Itu jelah tempat yang selalu aku gi.
Harapan saya agar anda semua faham maksud yang tersirat. Cerita ini diolah oleh saya dan pencerita asal adalah Dr. HM Tuah di segmen Motivasi Radio Selangor.fm. Sekian.


















assalamualaikum…
December 23rd, 2009 at 2:11 pmmay i know what is the moral value of this story
please??
Maksud disebalik cerita tersebut ialah kita (tak semua yer) lebih rela berbelanja berpuluh malah beratus ringgit di kompleks besar tapi bila bab menderma di masjid, nilainya amat menyedihkan. Maaflah jika menyinggung perasaan seseorang.
January 30th, 2010 at 11:32 pm