BILA TETIKUS MENARI

31 Dec

31 Disember 2007

Hari ini 31 Disember 2007. Hari terakhir untuk tahun 2007. Sejam lagi akan menuju tahun baru 2008. Waktu ini saya masih di depan komputer. Masih memikirkan apakah rancangan tahun 2008 yang perlu dibuat. Orang selalu kata, “fail to plan is plan to fail”. Sejauh mana kebenarannya, kita tinggalkan dulu.

Aktiviti pada hari terakhir ini dimulakan dengan bersarapan di rumah. Anak-anak lelaki disuruh pergi beli nasi lemak sotong dan kuih-muih. Saya suka makan kuih waktu bersarapan. Yang lainnya suka makan nasi lemak sotong.

Selepas bersarapan, isteri saya ke sekolah atas urusan PMR yang baru keluar beberapa hari sudah. So, isteri saya adalah seorang guru di SMK Pendamaran Jaya, Pelabuhan Klang. Beliau mengajar Matematik untuk Tingkatan 3, 4 dan 5. Rasanya ramai tak tahu sekolah ni. Mungkin segelintir tahu sebab pernah terbaca di akhbar tempatan dulu-dulu. Setelah bersiap, saya dan anak-anak lelaki ke bandar Klang atas urusan bank. Selepas tu, singgah ke sekolah isteri. Setelah selesai kerjanya, saya dan isteri ke pasaraya membeli rebung dan ikan untuk persediaan makan tengahari.

Saya singgah di kedai tayar untuk menggantikan dua buah tayar kereta bahagian hadapan. Manakala isteri membawa anak-anak lelaki terus balik ke rumah. Sesampai di rumah, isteri dan anak perempuan terus memasak manakala saya ditugaskan membalut buku teks yang telah diberi oleh pihak sekolah. Kalau bahagian yang memerlukan penelitian, isteri memang serahkan kepada saya. Kalau bab memasak, saya hanya boleh angkat tangan untuk suap sahaja. Baru setengah jalan, saya stop dulu kerana hidangan telah tersedia. Lauk rebung, ikan goreng dan air sarsi sejuk. Peh, tertelan air liur dibuatnya. Sambil makan, kami anak beranak berbual tentang hal masing-masing. Lepas makan, saya sambung balik dengan kerja membalut buku. Rehat dan solat Zohor. Selesai solat, saya dan isteri ke pusat tuisyen untuk bertanya tentang kelas PMR untuk anak perempuan. Subjek yang diambil ialah  Matematik, Sains, BM dan BI. 

Dalam perjalanan pulang, anak lelaki kami beli permainan JutaRia. Setiba di rumah, saya mengarahkan anak-anak pergi tidur. Memang menjadi kerutinan pada waktu tersebut mereka akan tidur apabila cuti sekolah. Selepas solat Maghrib, kami sekeluarga bermain permainan JutaRia. Saya ditugaskan sebagai penjaga bank. Pada akhir permainan, anak lelaki yang berumur 10 tahun memenanginya.

Sehingga jam 10 malam, saya menyuruh mereka tidur untuk persediaan fizikal sebelum hari sekolah bermula.

Diantara bait-bait ayat di atas, saya simpulkan beberapa perkara di sini untuk kita sama-sama berkongsi ilmu:

1. Disiplin mesti diserapkan kepada anak-anak sedari kecil supaya mereka boleh membuat persiapan untuk menghadapi hari muka.  

2. Suami isteri mesti saling memahami didalam melayari kehidupan berumahtangga.

3. Anak-anak adalah satu amanat. Bimbinglah mereka untuk berjaya di dunia dan di akhirat.

4. Anak-anak mempunyai kecenderungan mereka sendiri. Pandulah mereka selari dengan personaliti yang ditampilkan.

Okeylah, jam menunjukkan 11.41 malam. Saya kena berhenti dulu untuk pergi tidur bagi menghadapi hari esok seawal jam 5.15 pagi. Sekian.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • del.icio.us
  • Digg
  • Simpy
  • Ma.gnolia
  • kick.ie
  • Furl
  • Netscape
  • YahooMyWeb
  • LinkaGoGo
  • Blue Dot
  • DZone
  • Netvouz
  • Internetmedia

Leave a Reply

© 2012 BILA TETIKUS MENARI

Design by NET-TEC -- Made free by Artikelverzeichnis and Bio-Branchenbuch