BILA TETIKUS MENARI

23 Dec

Pemilihan Webhosting

Ramai usahawan baru diluar sana berbincang tentang perniagaan internet dan mereka memerlukan cadangan sebelum memilih syarikat webhosting. Terdapat begitu banyak syarikat webhosting dan pakej yang ditawarkan. Disini dicadangkan beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum pemilihan dibuat:

#1 Disk Space
Ruang disk bergantung kepada saiz laman web anda. Sila lihat folder laman web dan anggarkan berapa besar sekiranya ianya dimuat naik ke server nanti. Sekiranya folder laman web anda adalah 200MB, anda disyorkan mengambil ruang disk diantara 250-300MB. Ruangan lebih ini akan membenarkan anda mengembangkan dan meletakkan lebih bahan dilaman web. Ingat, anda perlu merancang apakah bahan yang akan diletakkan dilaman web pada masa akan datang.

#2 Bandwidth
Bandwidth adalah jumlah pemindahan data bulanan yang dibenarkan oleh syarikat webhosting. Ianya boleh dinaik taraf sekiranya pelawat semakin bertambah mengunjungi laman web anda.

#3 Web site speed
Kelajuan laman web perlu diambilkira kerana anda tdak mahu pelawat menunggu terlalu lama pada sesuatu laman web untuk dimuat turun. Anda boleh memeriksa sesuatu laman web dan lihatlah kelajuannya ketika dimuat turun. Sila bertanya kepada syarikat webhosting akan senarai pelanggannya dan uji laman web mereka.

#4 Database / Programming Language support
Database dan bahasa program amat penting sekiranya anda merancang untuk mempunyai laman web yang dinamik. Pada masa kini, kebanyakan syarikat webhosting menyediakan bantuan kepada database dan bahasa program. Anda perlu memeriksa dan memilih pakej yang telah dirancang akan digunakan pada masa hadapan.

#5 Technical Support
Bantuan teknikal sememangnya faktor yang amat penting. Bagaimana anda boleh maklum akan perkhidmatan syarikat webhosting tersebut? Anda boleh mencubanya dengan hanya membuat panggilan dengan beberapa pertanyaan dan lihat responnya. Sekiranya respon yang diterinma adalah cepat, ini menunjukkan syarkat tersebut memberi petunjuk positif kepada pelanggan. Jika tidak, anda dinasihatkan agar tidak mengambil syarikat tersebut.

#6 UpTime
Semakin tinggi uptime yang dijanjikan, maka semakin bagus perkhidmatan tersebut. 99% uptime adalah standard yang boleh diterima.

#7 FTP Access
Program FTP diperlukan untuk memindahkan fail-fail ke server anda. Cuba cari syarikat webhosting yang menawarkan unlimited dan unrestricted FTP access. Jika tidak, anda akan berhadapan dengan masalah untuk menyenggara laman web nanti.

#8 Control Panel
Kebanyakan syarikat webhosting menyediakan control panel untuk tujuan penyenggaraan laman web. Carilah syarikat yang menawarkan control panel yang senang digunakan.

#9 Statistics Program
Program statistik diperlukan sekiranya anda ingin melihat kekerapan pelawat mengunjungi laman web anda, dari mana mereka datang, bahagian mana mereka melawat dan sebagainya.

Anda perlu berfikir dan pilih pakej yang sesuai untuk laman web anda. Sekiranya target anda hanya untuk pasaran tempatan sahaja, carilah syarikat webhosting yang menawarkan ruang disk yang kecil, bandwidth yang secukupnya untuk pasaran tempatan dan kelajuan laman web yang normal. Ingat, harga perlu dibayar untuk setiap apa yang anda pilih.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • del.icio.us
  • Digg
  • Simpy
  • Ma.gnolia
  • kick.ie
  • Furl
  • Netscape
  • YahooMyWeb
  • LinkaGoGo
  • Blue Dot
  • DZone
  • Netvouz
  • Internetmedia

Leave a Reply

© 2012 BILA TETIKUS MENARI

Design by NET-TEC -- Made free by Artikelverzeichnis and Bio-Branchenbuch