Pemilihan Nama Domain
Jika anda baru memulakan perniagaan internet, keputusan memilih nama domain merupakan perkara MAJOR yang mesti dihadapi. Saya tidak bermaksud bahawa pemilihan nama domain akan membawa kepada kejayaan atau kegagalan perniagaan internet anda. Akan tetapi, ianya akan memberi kesan yang amat besar kepada setiap aspek perniagaan anda. Ingat! Pemilihan nama domain memerlukan perancangan yang mendalam.
Disini, saya ingin kongsikan beberapa tips untuk memilih nama domain untuk perniagaan internet anda:
1) Keutamaan kepada .COM - Ianya masih merupakan pilihan nombor satu kepada kebanyakan perniagaan internet. Manakala .NET, .ORG, .INFO, .BIZ, merupakan pilihan kedua kerana tidak begitu meluas digunakan berbanding .COM. Kredibiliti anda dan perniagaan anda bakal terserlah kerana secara semulajadi, pelawat akan menaip .COM untuk mencari sesuatu diinternet.
2) Nama domain hendaklah pendek. Nama domain yang panjang bakal menyusahkan pelawat untuk mengingatinya. Jikalau boleh, nama domain tidak boleh lebih dari 13-15 gabungan abjad dan nombor.
3) Pastikan ianya melekat (sticky). Nama domain perlu mudah diingati. Biar ianya melekat dikepala pelawat. Nama domain perlu kreatif dan unik.
4) Kurangkan kekeliruan. Nama domain mudah dieja supaya tidak kehilangan bakal prospek.
5) Masukkan katakunci didalam nama domain. Diharapkan ianya dapat memudahkan enjin pencari dan menaikkan kedudukan laman web tersebut.
6) Gambaran terhadap perniagaan kita. Pastikan nama domain memberi gambaran kasar terhadap perniagaan, produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan.
Anda boleh mendafar nama domain pada hari ini dengan harga yang berpatutan. Syarikat NetKL menawarkan pakej nama domain dan webhosting pada kadar yang menarik.
Nama domain adalah peluang utama anda dalam membina kredibiliti terhadap pelawat. Ingat bahawa anda tidak akan mendapat peluang kedua untuk membuat kejutan besar. Jadikan nama domain sebagai langkah untuk menuju kehadapan. Semoga berjaya!

















