BILA TETIKUS MENARI

18 Mar

Kawanku sedari kecil

Aku mempunyai seorang kawan sedari kecil. Namanya Fatimah. Dulu kami tinggal di estet. Aku dan keluarga tinggal di Estet Batu 4 manakala Fatimah dan keluarga di Estet Batu 7. Bapa dan ibuku bekerja sebagai pemotong kelapa sawit. Bapa dan ibu Fatimah adalah penoreh getah. Kami bersekolah rendah dan menengah di sekolah yang sama. Sek. Keb. Batu 4, Sek. Keb. Batu Anam dan Sek. Men. Batu Anam. Selepas SRP, kami berpisah. Aku ke Sek. Tinggi Segamat. Kemudian ke Sek. Teknik Tuanku Jaafar dan seterusnya SMS Muar. Fatimah ke Sek. Convent Segamat. Selepas SPM, aku ke Sek. Men. Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) sebelum ke luar negara. Selepas SPM, aku langsung tak tahu dia ke mana. Pernah nampak dia di Sek Keb. Batu 4. Waktu tu aku nak mintak Guru Besar menjadi penjamin. Mungkin dia jadi guru sementara kot kat situ, agakan aku.

Ada jugak aku dengar dia ke Maktab Perguruan di Terengganu sewaktu aku di luar negara. Habis belajar, aku balik ke estet Batu 4 sebelum berpindah ke Kampung Mensudut Pindah. Pernah ternampak dia kat estet Batu 4 di rumah kakaknya Salmah. Waktu tu, aku malu nak tegur dia.

Selepas mendapat tawaran bekerja di Shah Alam, aku dah tak tahu mana pergi si Fatimah ni. Sehinggalah Tahun 2008, aku mula mencari dia di internet. Tup tup, dia kini mengajar di sekolah rendah di Ijok. Apa lagi, aku pun talipon dan sah dia kini di sana. Rupa-rupanya suami dia adalah anak bekas guru besar yang aku minta jadi penjamin tu.

Hari Raya tahun sudah, aku jemput mereka ke rumah. Tidak ditolak perlawaanku. Dia dan suami datang bersama dua anak lelakinya. Aku dan keluarga juga ada bertandang ke rumahnya di Ijok.

Lagi satu, tahu tak yang kami sebenarnya mempunyai ikatan lain?

Adik kembar isteriku berkahwin dengan orang Johor. Suaminya pula adalah saudara kepada Haliza Misbun. Manakala Fatimah juga adalah saudara kepada Haliza Misbun. Adalah secara kebetulan atau pun takdir telah menentukan?

Satu yang paling aku respect dan tabik kepadanya ialah, dia akan mula mengambil pengajian ijazah pada sesi akan datang ni. Walaupun umurnya dah melepasi 40an. Silap haribulan, dia dan anaknya yang sulung akan sama-sama masuk universiti pada tahun ini.

Aku selalu berkata kepada kekawan di pejabat, cara kita berbeza tetapi matlamat adalah sama. Aku dipermudahkan untuk belajar hingga mendapat ijazah tetapi mereka terpaksa menapak dari satu tangga ke satu tangga untuk tujuan yang sama. Mungkin rezeki mereka lambat dari aku tetapi rezeki tetap ada jika mereka sentiasa berusaha.

Aku ucapkan Selamat Berjuang untuk kawanku Fatimah yang aku kenali sedari kecil. Setelah dewasa baru ku kenali semangatmu tetap membara untuk mencari ilmu walaupun telah berkeluarga. GOOD LUCK!

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • del.icio.us
  • Digg
  • Simpy
  • Ma.gnolia
  • kick.ie
  • Furl
  • Netscape
  • YahooMyWeb
  • LinkaGoGo
  • Blue Dot
  • DZone
  • Netvouz
  • Internetmedia

One Response to “Kawanku sedari kecil”

  1. 1
    Dr Noraini Mohd Yusof Says:

    Rasa sayu bila membaca write up ni. Actually sayapun sedang cuba menjejak kawan-kawan yang suatu ketika dahulu belajar di Sek Keb Batu Anam. Standard Six Tahun 1979. Kemudian ke Sek Men Batu Anam selama setahun sebelum secara tiba-tiba berpindah ke Muar Johor tanpa dapat mengucapkan selamat tinggal. Fatimah was my very close friend during my primary school years in SK Batu Anam dan telah sekian lama saya cuba mencari beliau. Jika betul namanya adalah Fatimah Amat Bajuri or Sajuri right? Pernah suatu ketika saya ke Batu Anam bersama suami untuk mengimbas kembali zaman semasa kecil disana.Masih kenal saya lagi ke…Among others friend during that years are Hizam Harun, Fadzillah Mohammed, Shamsuddin Salleh , Zahari Sarip and others.Saya benar-benar merindui kawan-kawan yang suatu ketika dahulu membesar bersama…mungkin saya tidak berapa familiar kerana hanya pada Darjah 4/5 kita mula belajar bersama kerana kamu berpindah dari Batu 4 bersama-sama dengan Fatimah.

Leave a Reply

© 2010 BILA TETIKUS MENARI

Design by NET-TEC -- Made free by Artikelverzeichnis and Bio-Branchenbuch