Ibuku
Hari ni saya nak cerita sikit berkenaan ibu saya.
Nama ibuku Suminah. Ibuku kini berusia 82 tahun. Masih sihat dan tiada masalah berjalan. Tinggal di kampung bersama kakakku. Dulunya bekerja sebagai penoreh getah setelah berpindah ke kampung. Kini duduk saja (berehat) di rumah.
Apa yang ingin aku kongsikan ialah kesihatannya selama ini. Alhamdulillah, sihat dan semoga sihat selalu. Ibuku dari dulu mengamalkan pengambilan minuman berkalsium. Tak payahlah aku sebutkan nama minuman tersebut. Pagi dan petang, dia akan membancuh minuman tersebut.
Baru-baru ni, aku pulang untuk berpuasa di kampung. Biasalah, kalau sampai saja aku akan memeluk ibuku tanpa rasa malu. Setelah rehat beberapa ketika, ibuku menceritakan yang beliau baru-baru ni pergi ke klinik kerana darah tinggi. Tapi doktor tersebut juga mengatakan bahawa ibuku masih sihat walaupun usia telah melangkau 80an. Apakah RAHSIANYA?
Pada hari raya pertama, aku pulang sekali lagi untuk beraya. Kali ini, aku bawakan ibu produk susu kambing. Susu kambing ini telah aku amalkan disamping produk lain. Aku berharap agar produk susu kambing ini dapat mencegah darah tinggi ibuku. Bagi aku pula, produk ini diharap dapat mencegah penyakit kencing manis. Alhamdulilah, aku berpuasa penuh pada tahun ini. Pada tahun lepas, aku miss 2 hari kerana penyakit kencing manis.
Apakah pengajarannya?
1. Aku ingin mengajak kekawan diluar sana agar mengamalkan pengambilan minuman berkalsium apabila umur telah melangkau angka 40. Semoga kita masih sihat apabila umur mencecah angka 80 nanti.
2. Kalau mampu, amalkan juga pemakanan kesihatan berasaskan kurma, madu, dan lain-lain dan minuman susu kambing sebagai hijrah mengikuti sunnah Rasulullah. InsyaAllah badan sihat, pahala pun dapat.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG DAN MEREKA YANG SAYA KENALI.

















