BILA TETIKUS MENARI

31 Jan

Guru sesi pagi vs guru sesi petang.

 

Sebulan sudah anak-anak kita memulakan persekolahan sesi 2010. Begitu juga guru-guru samada mengajar disesi pagi atau petang, tenaga dan komitmen mereka amat diperlukan sama sekali.

Tahniah kepada anak-anak yang telah dan akan melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh, MRSM atau sekolah lain. Tidak lupa kepada ibubapa yang sentiasa memberi sokongan moral sehingga kejayaan menjadi kenyataan. Bagi yang belum atau tidak mendapat tempat idaman, bersabarlah dan terimalah dengan keredhaan.

Berbalik kepada tajuk kita, pemerhatian saya mendapati ada SEBAHAGIAN sekolah mengamalkan pendekatan berikut. Guru-guru sesi pagi kebanyakannya memegang jawatan penting seperti Ketua Bidang, Ketua Panitia, Setiausaha SPM/PMR dan sebagainya. Saya tidak nafikan kerana ianya memudahkan pentadbiran sekolah kerana kelas-kelas peperiksaan (Tingkatan 3 & 5) diletakkan disesi pagi. Masalah menjadi semakin berat apabila mereka ini juga dibebani dengan jawatan lain seperti ketua rumah sukan, ketua kelab, ketua persatuan akademik dan lain-lain.

Manakala guru sesi petang kebanyakannya hanya perlu menumpukan kepada pengajaran & pembelajaran sahaja. Kalau datang pagi pun jika ada arahan pentadbiran seperti mesyuarat guru, panitia dan yang sama waktu dengannya.

Persoalannya disini ialah kenapa guru-guru petang tidak diberikan juga jawatan yang agak berat seperti jawatan yang disandang oleh guru sesi pagi? Sedangkan guru sesi petang juga ada yang bergred tinggi seperti DG44 dan DG48.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Pengetua yang memandang serius akan hal ini. Pembahagian sama rata jawatan dan tugas malah beban kepada guru sesi pagi dan petang amat-amat dialu-alukan. Mungkin ada yang melenting jika perkara ini terkena kepada kita kerana kita sudah lama berada di dalam lingkaran COMFORT ZONE.     

Itulah hakikatnya. Kadang-kadang saya merasa simpati dan kasihan kepada guru sesi pagi kerana mereka akan ke sekolah semula pada sebelah petang untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Dan saya merasakan mereka telah menjadikan sekolah sebagai rumah kedua secara tidak langsung. Demi akujanji yang telah ditandatangani, keikhlasan mereka saya harapkan untuk melihat kegemilangan anakbangsa pada masa hadapan.  

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • del.icio.us
  • Digg
  • Simpy
  • Ma.gnolia
  • kick.ie
  • Furl
  • Netscape
  • YahooMyWeb
  • LinkaGoGo
  • Blue Dot
  • DZone
  • Netvouz
  • Internetmedia

Leave a Reply

© 2012 BILA TETIKUS MENARI

Design by NET-TEC -- Made free by Artikelverzeichnis and Bio-Branchenbuch