BILA TETIKUS MENARI

31 Jan

Badan Anda Berasid?

Pernah tak anda terfikir bahawa badan anda berasid? Anda tentu tertanya-tanya, macamana pulak badan kita ni boleh berasid?

Sekadar berkongsi pengalaman:
Sebelum ini saya tak berapa ambil peduli. Simptom yang selalu melanda diri saya ialah kepala rasa berpusing, tengkuk rasa macam ada sesuatu melekat dan belakang bahu sentiasa rasa tegang. Kenapa ya kita tak sedar bahawa apabila ianya berlaku, sebenarnya badan berkata-kata “Tuan, aku ni sakit”. Tapi kita tak perasan akan keluhan badan. Biasalah, untuk hilangkan kesakitan tersebut, jalan pintas ialah makan pain killer yang dibeli sendiri atau doktor yang syorkan. Makan, dan tak lama tu pun hilang sakitnya. Beberapa minggu atau bulan kemudian, sakit yang sama berulang. Kita masih tidak dapat mendengar keluhan badan yang sakit.

Memandangkan umur sudah mencecah 40an, saya rasa telah bermula masanya untuk jaga kesihatan. Kami suami isteri pun pergi ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan. Doktor memeriksa darah dan air kencing. Result isteri OK. Result saya bercelaru. Kolestrol ada. Tapi result air kencing menunjukkan berASID. Doktor menasihatkan jangan banyak makan kekacang dan makanan laut.

Kebetulan pihak sekolah isteri ada menjemput penceramah luar untuk memberi penerangan kesihatan. Doktor tersebut adalah dari bidang Iridology. Katanya, penyakit berpunca dari makanan yang kita ambil. Dan kata hikmatnya, JIKA KESIHATAN ITU LEBIH MAHAL, CUBA KESAKITAN. Beberapa hari selepas ceramah tersebut, kami pun ke klinik doktor tersebut. Yang bestnya, doktor ni check kesihatan kita gunakan kanta pembesar. Dia check mata dan akan beritahu apakah masalah kita. Kita cuma jawab ya kalau betul. Dan yang peliknya, 99.9% semuanya betul. Akhirnya kami diberi cadangan ubat-ubat yang berkaitan dengan penyakit masing-masing.

Setelah pasti badan saya berasid (dari keputusan doktor moden dan doktor irodology), saya disyorkan produk Xtreme X2O. Produk yang mudah digunakan. Hanya masukkan satu sachet kedalam air masak atau air mineral. Tunggu lima minit dan tambah hingga botol penuh. Lepas tu, minumlah macam meminum air masak. So, sekarang ni seluruh keluarga saya bawa air Xtreme X2O ke sekolah dan ke pejabat.

Untuk maklumat lanjut, boleh klik kat gambar Xtreme X2O tu. Saya dah cuba translate sebaik mungkin. Maaf kalau tak kena tata bahasanya. Atau lawat http://sutihana.com/xtremex2o/
 

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • del.icio.us
  • Digg
  • Simpy
  • Ma.gnolia
  • kick.ie
  • Furl
  • Netscape
  • YahooMyWeb
  • LinkaGoGo
  • Blue Dot
  • DZone
  • Netvouz
  • Internetmedia

2 Responses to “Badan Anda Berasid?”

  1. 1
    Cikgu Azleen Says:

    takde pun gambarnya..

  2. 2
    sutiman Says:

    Gambar kat sebelah kiri, dibawah Xtreme X2O tu.

Leave a Reply

© 2012 BILA TETIKUS MENARI

Design by NET-TEC -- Made free by Artikelverzeichnis and Bio-Branchenbuch