BILA TETIKUS MENARI

24 Sep

Tanyalah suami, tanyalah isteri

 

Selama hidup bersama lebih 10 tahun, pernah tak kita bertanya pasangan masing-masing adakah kehidupan kita cukup membahagiakan sidia?

Pagi tadi setibanya di pejabat, saya terus mematikan enjin kereta dan setia menunggu rancangan “Secawan kopi, sepotong kuih” siaran Selangor fm. Sketsa suami isteri yang telah lama hidup bersama dan masing-masing mengajukan soalan kepada pasangan. Saya olah sedikit perbualan untuk tujuan penulisan di sini, bukan untuk dibahaskan (meminjam kata-kata penyiar tersebut).

Suami: Sayang, selama kita hidup bersama selama 10 tahun ni, apakah yang Sayang rasakan sifat abang yang kurang menyenangkan dan perlu diperbaiki?

Isteri: Sayang rasa semuanya ok. Tapi kalau boleh tolong trim misai dan bulu ketiak tu supaya nampak kemas. (Jawapan tulus sang isteri).

Kini tiba giliran siisteri pula bertanya suaminya soalan yang hampir sama (part ni ada ubahsuai sikit).

Isteri: Sayang, macamana pula saya selama kita hidup bersama sekian lama? Ada apa-apa yang kurang tak?

Suami: Rasanya semua yang Sayang buat selama ini ok sahaja. Tapi kalau boleh, kurangkan serbuk perasa dalam makanan kerana kepala abang ni dah nampak botaklah. 

Oleh kerana suka mengacau isteri memasak di dapur, saya selalu mengusik isteri kerana memasukkan serbuk perasa kedalam makanan sedangkan hanya garam yang digunakan tadi. Itulah lumrah suami isteri yang suka mengusik demi menceriakan kehidupan rumahtangganya. Saya berharap anda juga begitu hendaknya.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • del.icio.us
  • Digg
  • Simpy
  • Ma.gnolia
  • kick.ie
  • Furl
  • Netscape
  • YahooMyWeb
  • LinkaGoGo
  • Blue Dot
  • DZone
  • Netvouz
  • Internetmedia
18 Sep

ICU dan pembayar cukai pendapatan

 

Pernahkah anda berada di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU)? Tentu anda boleh bayangkan bagaimana keadaan pesakit yang berada di dalam unit ini. Dengan mulut, tangan, leher dan badan dipenuhi wayar dan salur pernafasan. Dikelilingi oleh komputer dan peralatan canggih untuk membantu pesakit yang selalunya berada ditahap kritikal untuk kembali normal. Jika dipanjangkan umur, akan kembali normal. Jika tidak, setakat itu sahaja umur yang dibenarkan.

Saya bukan nak cerita pasal pesakit tu. Yang saya nak sentuh ialah tentang peralatan sokongan yang digunakan untuk membantu pesakit. Peralatan memang canggih dan harganya pasti mencecah ratusan ribu atau lebih lagi. Saya difahamkan bahawa setiap jururawat akan belajar tentang cara penggunaan peralatan tersebut sekiranya ianya baru diperolehi dan terkini. Dengan teknologi soft touch, prosedur perubatan dan pemantauan keatas pesakit menjadi semakin cepat dan pantas. Terima kasih kepada semua jururawat yang masih setia menimba ilmu pengetahuan tanpa jemu.

Persoalannya ialah dari mana datangnya duit untuk memperolehi peralatan yang canggih dan terkini itu? Tentunya dari kerajaan atau lebih tepat lagi dari Kementerian Kesihatan. Tanya lagi, duit Kementerian Kesihatan tu datangnya dari mana? Ya, yang pastinya dari orang ramai yakni KITA. Tapi tak semuanya tergolong dalam KITA tu. Yang pasti, golongan KITA adalah rakyat setia yang menyumbang bantuan kepada kerajaan dengan membayar cukai pendapatan pada setiap tahun. 

Adakah anda yang saya maksudkan? Jika YA, tahniah dan teruskan bakti murni anda tanpa mengeluh. Bagaimana yang lain? Sekiranya belum berbuat demikian, mulakan dari sekarang. Anda pasti akan terharu dan berterima kasih jika pada suatu hari nanti anda adalah pelawat ICU. Harap ianya dijauhi dari menimpa kita dan keluarga tersayang.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • del.icio.us
  • Digg
  • Simpy
  • Ma.gnolia
  • kick.ie
  • Furl
  • Netscape
  • YahooMyWeb
  • LinkaGoGo
  • Blue Dot
  • DZone
  • Netvouz
  • Internetmedia

© 2012 BILA TETIKUS MENARI

Design by NET-TEC -- Made free by Artikelverzeichnis and Bio-Branchenbuch