Apakah rahsia Dr. Danial
Siapakah Dr. Danial? Beliau adalah seorang penulis buku yang banyak menggabungkan penemuan sains dan kebenaran ayat Al-Quran.
Saya berkesempatan melayari laman web beliau dan tertarik bagaimana beliau mengekalkan motivasi didalam penulisan. Berikut adalah petua yang beliau amalkan:
Seronok Beribadah: Beliau seronok menulis kerana ianya merupakan ibadah dan jariah.
Disiplin & Konsisten: Beliau menulis satu muka surat sehari. Sebulan bererti 30 muka surat. 5 bulan bermaksud 150 muka surat dan sebuah buku sudah dapat dihasilkan.
Zikir & Fikir: Warnakan diri dengan sifat-sifat ini. Dengannya akan lahir ketulusan hati dan ketajaman minda. Ia adalah aset dalam penulisan.
Tinggalkan Yang Tidak Penting: Penuhi masa dengan pelaburan membaca dan menulis. Pastinya sesuatu yang hebat akan terhasil.
Dekati Allah: Sentiasa sedar akan kudrah yang ada pada diri sendiri. Siapakah kita tanpa bantuan Allah?

















