BILA TETIKUS MENARI

03 Jan

Latihan Berenang

Nampaknya hari ini saya nak sambung sikit pasal cerita berenang. Setelah membaca post ni, segeralah mendaftar dikelas berenang untuk menyediakan badan yang sihat dan segar. Barulah ceria! Kita enjoy!

Berenang mungkin merupakan satu senaman yang baru dan kaedah untuk mendapat dan mengekalkan badan yang sihat. Senaman adalah sukan aerobik untuk keseluruhan badan bagi menguatkan otot, memperbaiki kekuatan dan keanjalan, menambahbaik peredaran darah dan mengawal berat badan.

Berenang juga boleh disesuaikan dengan keupayaan badan seseorang. Kaedah terbaik untuk mendapatkan ketahanan cardiovascular adalah dengan mengamalkan latihan berenang.  

Rahsia program latihan berenang yang baik adalah dengan bermain di air. Bagi menjayakannya, dorong diri anda bergerak ke hadapan dengan menggunakan betis, paha, bahu dan tangan ketika berada didalam air. 

Bagi memahami kenapa latihan di air adalah baik untuk badan, anda perlu mengetahui tentang sifat keunikan air. Di dalam air, badan anda mengalami tarikan graviti minima. Anda seakan kehilangan 90% berat badan dan badan anda mudah terapung.  

Anda boleh timbul, melengguk dan berehat tanpa mengeluarkan sebarang tindakan. Tambahan, air menghasilkan rintangan 12 hingga 14 peratus lebih dari udara.

Berenang berulang-alik adalah senaman yang begitu baik ketika berada di kolam renang. Cuba pelbagaikan gaya untuk membolehkan otot-otot bekerja bagi memperolehi keseimbangan.

Anda boleh juga menguatkan otot-otot dengan melakukan latihan berjalan, berlari, yoga dan aerobik kerana kita mengalami 75% rintangan lebih dari aktiviti berenang. Pergerakan anda tadi akan memaksimakan rintangan air ketika pergerakan.

Menyertai kelas berenang atau akuatik juga akan membuatkan anda gembira. Anda akan mudah bersosial dan menyertai aktiviti kejiranan tanpa ada perasaan diketepikan.

Pada akhir kata, sertailah aktiviti yang anda gemari dan teruskan tanpa rasa jemu. Berenang dapat menyediakan badan yang sihat dan segar serta mengembalikan keseronokan ketika anda menikmatinya sewaktu kanak-kanak.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • del.icio.us
  • Digg
  • Simpy
  • Ma.gnolia
  • kick.ie
  • Furl
  • Netscape
  • YahooMyWeb
  • LinkaGoGo
  • Blue Dot
  • DZone
  • Netvouz
  • Internetmedia

Leave a Reply

© 2012 BILA TETIKUS MENARI

Design by NET-TEC -- Made free by Artikelverzeichnis and Bio-Branchenbuch