BILA TETIKUS MENARI

27 Dec

Kebaikan Berenang

Topik kali ini saya nak cerita pasal berenang. Ada sesiapa di sini pandai berenang? Tahniahlah dan tabik kepada anda yang pandai berenang. Saya ni pun ketika usia 30an baru belajar berenang. Itu pun kuak dada ataupun kita panggil berenang katak. Gaya bebas tak katam-katam lagi sampai hari ni. Memang seronok kalau pandai berenang. So, kepada sesiapa yang belum tahu teknik-teknik berenang yang betul, ringan-ringankan diri mendaftar dimana-mana kolam renang. Tak kiralah umur kita, jangan segan. Tetapkan MATLAMAT kita.

Kita mulakan dengan diri kita dulu. Lepas tu suami/isteri dan anak-anak (jika berkaitan). Nanti kalau dah pandai, bolehlah kita jarakkan latihan berenang tu. Seminggu atau dua minggu sekali ke. Lebih-lebih lagi kalau dah stress dengan komputer tu, lagi bagus pergi berenang.

Saya bawakan tulisan artikel disini untuk berkongsi maklumat tentang kebaikan berenang. Biasalah, saya ambilĀ isi-isi penting dan terjemahkan untuk keselesaan pembaca.

Berenang merupakan latihan aerobik yang popular. Ianya juga merupakan latihan terbaik kepada sesiapa yang memerlukan kemantapan kesihatan dan sentiasa aktif. Aktiviti berenang melibatkan banyak otot dibahagian atas dan bawah badan berbanding bentuk latihan yang lain. Sebagai contoh, aktiviti berjogging atau berbasikal hanya menggunakan otot bawah iaitu kaki sahaja. Tambahan pula, aktiviti aerobik dipercayai boleh mengurangkan kesan sampingan akibat stress.

Secara keseluruhan, berenang adalah bentuk latihan yang terbaik. Ini adalah kerana ketumpatan badan adalah menghampiri ketumpatan air. Badan akan disokong oleh air dan stress tumpuan pada sambungan (joints) dan tulang adalah minima. Memandangkan keapungan air melindungi bahagian sambungan, latihan diair adalah pilihan terbaik kepada sesiapa yang mengalami berat badan. Berenang juga diamalkan untuk proses rehabilitation selepas kecederaan atau untuk orang kurang upaya. Ianya juga selamat kepada mereka yang berumur dan wanita mengandung.

Pada kebanyakan orang dewasa, bahagian atas badan merupakan bahagian paling lemah. Dengan berenang, bahagian atas badan dan tangan bekerja lebih berbanding bahagian bawah iaitu kaki. Secara khusus, berenang dan bentuk latihan diair seperti aerobik memberikan faedah kepada cardiovascular dan merupakan salah satu bentuk latihan yang menggerakkan keseluruhan badan. Latihan diair yang suam juga merupakan kaedah terbaik kepada mereka yang mengalami penyakit sendi atau sengal (arthritis).

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • del.icio.us
  • Digg
  • Simpy
  • Ma.gnolia
  • kick.ie
  • Furl
  • Netscape
  • YahooMyWeb
  • LinkaGoGo
  • Blue Dot
  • DZone
  • Netvouz
  • Internetmedia

22 Responses to “Kebaikan Berenang”

  1. 1
    silentleo Says:

    EHm..kene belajar berenang nih. Huu..Aku tak pandai lagi nih..

    Lagi satu. Nice blog. :D

  2. 2
    zool Says:

    Memang minat nak belajar berenang.. tapi tak tau kat mana nak belajar nye..

  3. 3
    sutiman Says:

    Terima kasih kepada silentleo dan zool kerana singgah diblog ini.

    Sewaktu dulu, saya belajar berenang di kolam renang UiTM. Kat situ, kelas lelaki dan perempuan berbeza waktu. So,tak seganlah. Satu lagi tempat di akuatik Shah Alam. Itupun kalau tinggal di sekitar Klang dan Shah Alam.

    Tapi, rasanya kita boleh tanya mana-mana kolam renang yang ada disekitar kita. Selalunya mmg diadakan kelas renang pada sabtu & Ahad. Biasanya, satu sesi atau jenis renang kosnya RM 100. Tak tahulah kalau dah naik. Rajin-rajinlah cari tempat yg menawarkan kursus renang. Selamat belajar.

  4. 4
    mivec9555 Says:

    salam….
    macamana nak join forum ni

  5. 5
    SutiHana Says:

    Terima kasih kepada mivec9555 kerana singgah. Sebenarnya tiada forum yang saya letakkan di sini. Cuma sekadar artikel untuk maklumat semua. Itupun kalau berkaitan.

  6. 6
    mivec9555 Says:

    terima kasih sutihana….
    saya nak cari kenalan yang minat swimming atau nak belajar swimming…
    macamana nak contact member2 yang ada kat sini

  7. 7
    mivec9555 Says:

    salam….
    kepada sesapa yang minat swimming dewasa atau kanak2..hubungi atau sms saya 0122345559

  8. 8
    liza Says:

    Salam. Ada sesiapa tahu tempat berenang area pj atau kota damansara yang agak tertutup?

  9. 9
    deayah Says:

    mm..menarikk
    tapi sebenarnya berenang tak susah..kalo sesape yg nk belajar berenang tanpa mengeluarkan kos..cube cari kawan yang pandai berenang..cube korang ikut die g berenang n see how ur fren swimming dan cara pengerakan die,..
    rasenye dlm tempoh 2 minggu pun dah boleh berenang..tp belajar la pengerakan yang mudah dulu ke..

  10. 10
    sutiman Says:

    Teknik pernafasan amat penting. Kalau dah mahir, setakat 500meter gi balik InsyaAllah tak tercungap-cungap.

  11. 11
    mas Says:

    dulu masa kecik2, kat umah atuk ada sebatang sungai . tapi kitaorang kat kampung panggil parit…best giler berenang dalam tu..
    atuk ajar berenang, sudahnya kami semua tak mahu naik..
    tapi sekarang dah lupa macam mana nak berenang..
    tengok maya karin berenang dalam filem duyung macam best jer..

  12. 12
    John Says:

    Nice blog… tolong saya banyak di projek thx!!!

  13. 13
    junaid Says:

    saya ada pengalaman sewaktu berenang, selalunya orang yang pandai berenang dengan teknik yang betul akan sentiasa diperhatikan oleh orang yang sedang duduk bersantai dikawasan kolam tersebut & akan mendapat kenalan baru baik lelaki atau perempuan. kerana saya selalu berenang ditempat kawasan saya. setiap kali saya selesai berenang orang akan mula menegur, “awak ni pandai berenanglah saya suka tengok anda berenang seolah2 saya merasa tenang melihatnya” ada juga mengatakan (seorang perempuan) ” awak berenang seperti ahli sukan renang, boleh tak awak ajar saya”. jadinya belajarlah berenang dengan betul. untuk orang yang gemuk pilih sukan renang kerana ia akan membantu mengurangkan lemak dibadan. kerana saya seorang yang gemuk & sekarang saya sudah dapat mengurangkan barat badan dan sihat.

  14. 14
    ummu Says:

    assalamualaikum thank you for the information given…
    i really appreciate it..
    hope more information like this will be published

  15. 15
    Aquadolf Says:

    sertai kempen kami utk menggalakkan rakyat malaysia memilih aktiviti renang sebagai riadah utama

    pergi ke facebook dan search Berenang Itu Best. dapatkan tips2 renang percuma, info kolam dan lain2 lagi

    jika tak tau berenang pon boleh join,yg penting anda ada minat utk cuba berenang. :)

  16. 16
    sang ganu Says:

    rugi klw x taw berenang..

  17. 17
    Zul Qahar Says:

    ada sesiapa yang nak belajar berenang free..cari saya…

  18. 18
    Ira Zahirah Says:

    OH terime kaseh la kpd spe yg postkan neyh!! amat memerlukan utk ujian lisan sy nnti,,,tq!!

  19. 19
    luncai Says:

    salam..saya nk tny..kat mna sy blh amik kursus renang utk ajar org renang..??plez tell me… n then satu lg ada tak tempat utk kursus kayak..?hopa awk leh bantu..

  20. 20
    cikgu Says:

    Luncai..apa y saya tahu..biasa nyer sblum nak mgajar berenang kena ada lesen LifeGuard..Kursus LG ni kebiasanyer kelab renang y anjurkan dlm bentuk kelompok :)

  21. 21
    intan Says:

    Belajarlah berenang kerana sukan ini punya kebaikan yang banyak …dan juga sunnah nabi kita Muhammad S.A.W..selain daripada memanah dan menunggang kuda..

  22. 22
    David lee Says:

    Sesiapa nak belajar berenang, boleh telefon nombor ini:

    017-2540788 David

    Belajar semua teknik berenang: freestyle, breaststroke, backstroke and butterfly.

    rm40/kelas. Di sekitar PJ dan Kuala Lumpur. 5 tahun pengalaman and telah mengajar lebih 100 orang pelajar.

Leave a Reply

© 2012 BILA TETIKUS MENARI

Design by NET-TEC -- Made free by Artikelverzeichnis and Bio-Branchenbuch