BILA TETIKUS MENARI

31 Jan

Guru sesi pagi vs guru sesi petang.

Sebulan sudah anak-anak kita memulakan persekolahan sesi 2010. Begitu juga guru-guru samada mengajar disesi pagi atau petang, tenaga dan komitmen mereka amat diperlukan sama sekali.

Tahniah kepada anak-anak yang telah dan akan melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh, MRSM atau sekolah lain. Tidak lupa kepada ibubapa yang sentiasa memberi sokongan moral sehingga kejayaan menjadi kenyataan. Bagi yang belum atau tidak mendapat tempat idaman, bersabarlah dan terimalah dengan keredhaan.

Berbalik kepada tajuk kita, pemerhatian saya mendapati ada SEBAHAGIAN sekolah mengamalkan pendekatan berikut. Guru-guru sesi pagi kebanyakannya memegang jawatan penting seperti Ketua Bidang, Ketua Panitia, Setiausaha SPM/PMR dan sebagainya. Saya tidak nafikan kerana ianya memudahkan pentadbiran sekolah kerana kelas-kelas peperiksaan (Tingkatan 3 & 5) diletakkan disesi pagi. Masalah menjadi semakin berat apabila mereka ini juga dibebani dengan jawatan lain seperti ketua rumah sukan, ketua kelab, ketua persatuan akademik dan lain-lain.

Manakala guru sesi petang kebanyakannya hanya perlu menumpukan kepada pengajaran & pembelajaran sahaja. Kalau datang pagi pun jika ada arahan pentadbiran seperti mesyuarat guru, panitia dan yang sama waktu dengannya.

Persoalannya disini ialah kenapa guru-guru petang tidak diberikan juga jawatan yang agak berat seperti jawatan yang disandang oleh guru sesi pagi? Sedangkan guru sesi petang juga ada yang bergred tinggi seperti DG44 dan DG48.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Pengetua yang memandang serius akan hal ini. Pembahagian sama rata jawatan dan tugas malah beban kepada guru sesi pagi dan petang amat-amat dialu-alukan. Mungkin ada yang melenting jika perkara ini terkena kepada kita kerana kita sudah lama berada di dalam lingkaran COMFORT ZONE.     

Itulah hakikatnya. Kadang-kadang saya merasa simpati dan kasihan kepada guru sesi pagi kerana mereka akan ke sekolah semula pada sebelah petang untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Dan saya merasakan mereka telah menjadikan sekolah sebagai rumah kedua secara tidak langsung. Demi akujanji yang telah ditandatangani, keikhlasan mereka saya harapkan untuk melihat kegemilangan anakbangsa pada masa hadapan.  

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • del.icio.us
  • Digg
  • Simpy
  • Ma.gnolia
  • kick.ie
  • Furl
  • Netscape
  • YahooMyWeb
  • LinkaGoGo
  • Blue Dot
  • DZone
  • Netvouz
  • Internetmedia
22 Sep

Ibuku

Hari ni saya nak cerita sikit berkenaan ibu saya.

Nama ibuku Suminah. Ibuku kini berusia 82 tahun. Masih sihat dan tiada masalah berjalan. Tinggal di kampung bersama kakakku. Dulunya bekerja sebagai penoreh getah setelah berpindah ke kampung. Kini duduk saja (berehat) di rumah.

Apa yang ingin aku kongsikan ialah kesihatannya selama ini. Alhamdulillah, sihat dan semoga sihat selalu. Ibuku dari dulu mengamalkan pengambilan minuman berkalsium. Tak payahlah aku sebutkan nama minuman tersebut. Pagi dan petang, dia akan membancuh minuman tersebut.

Baru-baru ni, aku pulang untuk berpuasa di kampung. Biasalah, kalau sampai saja aku akan memeluk ibuku tanpa rasa malu. Setelah rehat beberapa ketika, ibuku menceritakan yang beliau baru-baru ni pergi ke klinik kerana darah tinggi. Tapi doktor tersebut juga mengatakan bahawa ibuku masih sihat walaupun usia telah melangkau 80an. Apakah RAHSIANYA?

Pada hari raya pertama, aku pulang sekali lagi untuk beraya. Kali ini, aku bawakan ibu produk susu kambing. Susu kambing ini telah aku amalkan disamping produk lain. Aku berharap agar produk susu kambing ini dapat mencegah darah tinggi ibuku. Bagi aku pula, produk ini diharap dapat mencegah penyakit kencing manis. Alhamdulilah, aku berpuasa penuh pada tahun ini. Pada tahun lepas, aku miss 2 hari kerana penyakit kencing manis.

Apakah pengajarannya?

1. Aku ingin mengajak kekawan diluar sana agar mengamalkan pengambilan minuman berkalsium apabila umur telah melangkau angka 40. Semoga kita masih sihat apabila umur mencecah angka 80 nanti.

2. Kalau mampu, amalkan juga pemakanan kesihatan berasaskan kurma, madu, dan lain-lain dan minuman susu kambing sebagai hijrah mengikuti sunnah Rasulullah. InsyaAllah badan sihat, pahala pun dapat.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG DAN MEREKA YANG SAYA KENALI.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • del.icio.us
  • Digg
  • Simpy
  • Ma.gnolia
  • kick.ie
  • Furl
  • Netscape
  • YahooMyWeb
  • LinkaGoGo
  • Blue Dot
  • DZone
  • Netvouz
  • Internetmedia

© 2010 BILA TETIKUS MENARI

Design by NET-TEC -- Made free by Artikelverzeichnis and Bio-Branchenbuch